hot layouts, myspace default layouts, quotes

Tuesday, February 24, 2009

MY LATES FAVOURITE SONG




Lirik Lagu Rawan - Azharina

Biar berjauhan namamu daku sebutkan
Cukup untuk mengisi
Sepi tika pilu menanti
Bukan bintang atau suria bisa menyinar ceria
Namun kau cahaya menerangi jiwa lara
Berperang dengan curiga di firasatku
Andai kau kembali merawat hati rindu

Ku bahagia pabila kau tiba
Kau lenyapkan rawan
Tak usah dikau pergi
Tak ingin lagi
Meruntun hiba dengan sesalan
Kini kuakui
Segala kemaafan kupohon kepadamu
Agar kau mengerti
Hanya cintamu yang terbaik untukku

Biar berjauhan namamu daku sebutkan
Cukup untuk mengisi
Sepi tika pilu menanti
Berperang dengan curiga di firasatku
Andai kau kembali merawat hati rindu

Ku bahagia pabila kau tiba
Kau lenyapkan rawan
Tak usah dikau pergi
Tak ingin lagi
Meruntun hiba dengan sesalan
Kini kuakui
Segala kemaafan kupohon kepadamu
Agar kau mengerti
Hanya cintamu yang terbaik untukku
Kau untukku

Wednesday, February 18, 2009

Saja suka-suka

Aku teringin menulis sesuatu tapi nampaknya tak ada idea. Post yang sebelum ini dibuat ketika aku sedang agak beremosi. Tapi bila dah sejuk, idea hilang entah ke mana. Takkanlah nak tunggu emotinal state jadi unstable lagi baru boleh menulis. Kalau boleh aku nak jadikan blog aku ni sebagai medan untuk aku berkarya. Kalau ada yang sudi nak baca, silakanlah. Kalau nak komen pun, boleh jugak. Harap2 komen yang membinalah.
Kepada blogger yang sudi melawat blog ini, tq very much. Perhatian buat bloggers yang berasal daripada Pahang, terutama orang2 Beserah Kuantan, harap dapat melawat blog saya ni. Teringin nak tau ramai tak orang kampung saya kat Selangor ni. Lawatlah jangan tak lawat tau. Saya menanti dengan penuh setia.

Monday, February 16, 2009

mulut tempayan sahaja yang boleh ditutup....

Melihatkan blog kawan2 yang kerap banyak dilawati, terasa macam kecil pulak diri aku dalam dunia siber ni. Entah apa yang patut aku tulis dalam blog yang mungkin dapat menarik minat blogger lain. Tapi perlu ke buat sesuatu supaya dilihat atau meraih perhatian orang? Bercakap pasal perhatian, rasanya aku ni tidak kurang mendapat perhatian umum di tempat di mana aku bekerja. Entah kenapa mereka suka benar mengambil tahu tentang diriku. Dari sudut positif, mungkin mereka ambil berat terhadap aku. Tapi jika sampai perkara yang begitu remeh dan sensitif pun ada yang nak ambil tahu..apa maknanya tu? Sekadar tahu sebab terpandang atau terdengar..itu perkara biasa. Tapi yang tak sedap didengar ialah ada yang membuat tanggapan negatif.

Mungkinkah aku yang bersalah atau mungkin mereka memang begitu(suka jaga tepi kain orang)? Mudahnya manusia lain membuat tanggapan atau kesimpulan berdasarkan pemerhatian. Apa kayu ukur yang mereka guna untuk menjatuhkan hukuman terhadap aku berdasarkan sesuatu yang mereka sendiri tak pasti..pengalaman aku sebagai guru sains yang dah mendapat pendidikan dalam bidang sains yang sudah agak lama ni, banyak mengajar aku supaya tak cepat membuat keputusan dan kesimpulan. Banyak langkah yang perlu dilakukan sebelum sesuatu hipotesis diterima atau ditolak. Bermula dengan identifying problem, identifying variables, forming hypotheses, planning investigations, carry out investigations, observing and collecting data..pastu barulah buat conclusions beb..takpe lah mybe mereka bukan orang sains atau kalau pun orang sains tapi tidak mengamalkan scientific attitudes and noble values kot..Lastly but not least..please jaga mulut masing2, fikir dulu sebelum berkata2, lidah manusia lebih tajam daripada mata pedang, sebab mulut badan binasa. Semak balik bidalan lama yang banyak beri panduan pada kita bukan sahaja untuk hidup tapi jugak cara nak hidup tanpa menyakitkan hati orang..Sebagai muslim, al-Quran dan hadis pun dah cukup memberi pedoman. kenapa tidak dipraktikan?? Allahua'lam....